GERBANG UTAMA

~Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya(Al- Talaq:ayat4)~

;
11:03 PM

TINTA PENULIS

Posted by NURUL NADIA BT MOHAMED KHASIM

Assalamualaikum.Syukur ke hadrat Allah kerana berkat bantuan dari-Nya, penulis dapat membangunkan modul berasaskan blog bagi P&P bertajuk "Jenayah Dalam Islam" yang merupakan kajian ilmiah penulis. Jenayah dalam Islam merupakan salah satu tajuk yang terkandung di dalam sukatan ‎pelajaran Pendidikan Syariah Islamiyyah tingkatan lima di mana memfokuskan kepada perbincangan ‎yang berkaitan jenayah dalam Islam serta pensyariatan hukum bagi jenayah-jenayah ‎tersebut di dalam Islam. Pembangunan laman blog ini bertujuan mengintegrasikan segala ‎sumber maklumat dari laman-laman web yang ‎mempunyai kaitan dengan tajuk ini setelah dianalisis dan dinilai berdasarkan standard pemikiran untuk diintegrasikan dalam P&P sebagai ‎panduan guru dan pelajar‎. Semoga blog ini dapat memberi manfaat ilmu sebaik mungkin dan mendapat ganjaran serta redha dari Allah Taala.


Untuk mendapatkan sumber maklumat berkaitan
"Jenayah dalam Islam" sila klik pada
"halaman berikut "di hujung sebelah kanan.


0 comments:

Post a Comment