GERBANG UTAMA

~Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya(Al- Talaq:ayat4)~

;
11:03 PM

TINTA PENULIS

Posted by NURUL NADIA BT MOHAMED KHASIM

Assalamualaikum.Syukur ke hadrat Allah kerana berkat bantuan dari-Nya, penulis dapat membangunkan modul berasaskan blog bagi P&P bertajuk "Jenayah Dalam Islam" yang merupakan kajian ilmiah penulis. Jenayah dalam Islam merupakan salah satu tajuk yang terkandung di dalam sukatan ‎pelajaran Pendidikan Syariah Islamiyyah tingkatan lima di mana memfokuskan kepada perbincangan ‎yang berkaitan jenayah dalam Islam serta pensyariatan hukum bagi jenayah-jenayah ‎tersebut di dalam Islam. Pembangunan laman blog ini bertujuan mengintegrasikan segala ‎sumber maklumat dari laman-laman web yang ‎mempunyai kaitan dengan tajuk ini setelah dianalisis dan dinilai berdasarkan standard pemikiran untuk diintegrasikan dalam P&P sebagai ‎panduan guru dan pelajar‎. Semoga blog ini dapat memberi manfaat ilmu sebaik mungkin dan mendapat ganjaran serta redha dari Allah Taala.


Untuk mendapatkan sumber maklumat berkaitan
"Jenayah dalam Islam" sila klik pada
"halaman berikut "di hujung sebelah kanan.


11:03 PM

INFO AGAMA ISLAM

Posted by NURUL NADIA BT MOHAMED KHASIM

TAHUKAH ANDA??

Falsafah Pendidikan Islam

Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan
ummah.


Sila klik butang nombor di bawah untuk ke pautan lain

11:03 PM
Posted by NURUL NADIA BT MOHAMED KHASIM